Suatu pagi yang tenang aku agak terlewat bangun dari tidur. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 9.45 minit pagi. Apabilaku menoleh ke kanan, aku dapati dia sudah tiada di sebelahku. Aku mula berfikir sesuatu dan pemikiranku bertambah tidak tenteram apabila kelihatan sehelai kertas bersaiz A4 yang padat dengan tulisan. Fikiran aku mula melayang jauh mengenangkan peristiwa semalam yang sungguh mengasyik. Oh tidak, adakah pekara yang sama
bakal berulang kembali. Aku sudah lali dengan keadaan sebegini. Aku mencapai helaian kertas yang padat dengan tulisan itu membacanya dengan teliti. Walaupun aku tahu kemungkinan isi kandungannya, namum dengan hati yang tabah aku cuba membacanya....
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sayang, ketika sayang menatapi surat ini, kemungkinan abang
sudah berada jauh berbatu-batu. Bukannya niat abang untuk
meninggalkan sayang, tapi ketahuilah abang perlu juga pergi
meninggalkan sayang. Amat berat hati abang melangkah pergi
meninggalkan sayang seorang diri. Abang harap sayang
dapat menerimanya dengan hati yang redha.
Sayang, ketahuilah, abang sangat menyayangi dirimu. Bagi abang,
sayang adalah permaisuri yang turunnya dari kayangan yang dan
menjelma untuk menemani abang yang sentasa di dalam kesunyian ini.
Abang tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan abang tanpa sayang.
Sayang adalah segala-galanya bagi abang
Sayang, di coretan yang ringkas ini juga abang ingin mengucapkan
terima kasih abang yang tidak terhingga kepada sayang kerana layanan
yang sayang berikan semalam. Sesungguhnya abang tidak pernah merasai
saat-saat indah seperti mana yang abang rasakan selama bersama sayang.
Sehingga kini abang masih tidak dapat melupakan kehangatan asmara
ketika kita bersama.
Sayang, ketika abang bersiap untuk pergi tadi, sayang masih enak dibuai mimpi.
Tidak sampai hati abang untuk mengejukan sayang untuk mengucapkan selamat
tinggal untuk kali ini. Abang paham sayang tentu keletihan setelah sepanjang malam
melayani abang semalam, juga hari-hari sebelumnya. Sebelum pergi abang hanya
sempat mengusap rambut sayang yang halus bak ikal mayang dan mencium dahi
sayang tanda kasih sayang abang yang tidak terhingga.
Sayang, maafkan abang. Abang terpaksa pergi meninggalkan sayang sekali lagi.
Sebagai seorang pengurus di syarikat, abang mempunyai tanggungjawab yang
besar demi kebahagian kita sekeluarga. Abang harap sayang dapat menerima
pemergian abang ke pejabat seperti hari-hari sebelum ini. Hari ini seperti biasa
abang akan pulang kerumah pukul 6 petang. Untuk hari ini, tidak perlulah sayang
menanti abang untuk makan tengah hari kerana abang ada temujanji dengan
pelanggan tengah hari ini. Sebelum berpisah terimalah 2 buah pantun untuk sayang. "

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
-------------------------------------------------------------------------------------------------
" Biar la dia macam tu... asalkan tak cari perempuan lain sudah..."
Sekian...
hehe :D pelik kan laki dia nie.. dah 15 taun kawen pun masih romantik.. haha..
ps: kepada kaum pompuan, korang jadilah isteri yang solehah. Jangan lawan cakap laki korang,
kang free jer kena pelempang sulung.
pps: kepada kaum laki lak.. korang jadilah suami yang bertanggungjawab.. jangan suka pelempang bini udah.. haha
.jpg)
wah~bagusnye..n_n
ReplyDeletesalam kunjungan balas. =)