Tuesday, September 29, 2009

Hasil penyiasatan dalam kes runtuhan stadium gong badak terengganu

Ini adalah sebahagian daripada hasil penyiasatan mengenai keruntuhan tersebut, punca sebenar masih dalam siasatan.


ps: Segala apa yang berlaku tidak ada kaitan langsung dengan realiti, So tak perlu risau, anda masih boleh keluar rumah untuk menjalankan aktiviti harian.

Saturday, September 19, 2009

Aidil Fitri




Relexjer mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1430 H”. Taqaballaahu minna
wa minkum, wa shiamana wa shiamakum. Minal aidin wal faidzin,



Sunday, September 13, 2009

Angan-Angan

Hari ni tak da apa nak story. Just nak share pasal angan-angan. A'arr angan-angan. Bagi aku angan2 macam satu misteri, sebab selama aku aktif dengan berangan-angan ni(yer.. menang aku suka angan2) ada jugak angan2 aku yang jadi kenyataan. Walaupun tak almost 100% sama macam apa yang aku angan2kan, at least dia datang jugak dalam realiti. (Apa angan2 aku yang dah jadi kenyataan? Ate... tak payah tau lah.. wat malu jer.) Masa yang sesuai aku berangan-angan bila time baring2 atau golek2 atas tilam. Sebelum lena tu dah terbiasa aku angan2 dulu, yang bestnya sometime tengah angan2 tu idea datang. Macam2 idea lah.. So sebagai sorang yang suka berangan-angan aku nak sampaikan nasihat sikit lah... tak der laa berharga sangat nasihat ni, Nasihat ngong2 gitu jer.. Ok antara nasihat2nya..

Tak payah laaa angan2 benda yang tak logik atau tak tercapai.

Tak payah laa angan2 dapat rezeki besar kalau korang malas..

Tak payah laa angan2 nak jadi super hero, macam superman,
cicakman ker dan superhero2 yang s
eangkatan dengan nya.
Korang tak cukup power macam baby ni lagi..


Jangan sekali-kali berangan nak bunuh musuh korang... kang tak pasal2 masuk kot. Jangan cari musuh, cari marka/awek sudah (untuk yang single jer, yang dah ada tok sah nak mengatai..)

Tak payah berangan-angan nak memcuri.. menyusahkan orang je.
Nak2 time nak raya cam ni.

Ni aku tak tau cam na nak describe.. ahh senang cakap korang tak payah berangan nak suruh gajah pijak badan korang..

Adehh... apa plak ni.. erm.. senang cakap korang tak payah berangan nak tido dalam mulut boya,tak pasal2 kena baham kang..

haha ni aku suka... korang jangan laaa berangan nak angkat dumble serelex cam ni .. Pak Cik ni sorang jer boleh..

So, korang cam na, suka berangan ker tak? Kepada kaki berangan macam aku ni, korang pertimbangkan lah dulu content angan2 korang k.. peace.. v :)

Saturday, September 12, 2009

Perpisahan dari Si Dia


Suatu pagi yang tenang aku agak terlewat bangun dari tidur. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 9.45 minit pagi. Apabilaku menoleh ke kanan, aku dapati dia sudah tiada di sebelahku. Aku mula berfikir sesuatu dan pemikiranku bertambah tidak tenteram apabila kelihatan sehelai kertas bersaiz A4 yang padat dengan tulisan. Fikiran aku mula melayang jauh mengenangkan peristiwa semalam yang sungguh mengasyik. Oh tidak, adakah pekara yang sama
bakal berulang kembali. Aku sudah lali dengan keadaan sebegini. Aku mencapai helaian kertas yang padat dengan tulisan itu membacanya dengan teliti. Walaupun aku tahu kemungkinan isi kandungannya, namum dengan hati yang tabah aku cuba membacanya....

--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sayang, ketika sayang menatapi surat ini, kemungkinan abang
sudah berada jauh berbatu-batu. Bukannya niat abang untuk
meninggalkan sayang, tapi ketahuilah abang perlu juga pergi
meninggalkan sayang. Amat berat hati abang melangkah pergi
meninggalkan sayang seorang diri. Abang harap sayang
dapat menerimanya
dengan hati yang redha.

Sayang, ketahuilah, abang sangat menyayangi dirimu. Bagi abang,
sayang adalah permaisuri yang turunnya dari kayangan yang dan
menjelma untuk menemani abang yang sentasa di dalam kesunyian ini
.
Abang tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan abang tanpa sayang.
Sayang adalah segala-galanya bagi abang

Sayang, di coretan yang ringkas ini juga abang ingin mengucapkan
terima kasih abang yang tidak terhingga kepada sayang kerana layanan
yang sayang berikan semalam. Sesungguhnya abang tidak pernah merasai
saat-saat indah seperti mana yang abang rasakan selama bersama sayang.
Sehingga kini abang masih tidak dapat melupakan kehangatan asmara
ketika kita bersama.

Sayang, ketika abang bersiap untuk pergi tadi, sayang masih enak dibuai mimpi.
Tidak sampai hati abang untuk mengejukan sayang untuk mengucapkan selamat
tinggal untuk kali ini. Abang paham sayang tentu keletihan setelah sepanjang malam
melayani abang semalam, juga hari-hari sebelumnya. Sebelum pergi abang hanya
sempat mengusap rambut sayang yang halus bak ikal mayang dan mencium dahi
sayang tanda kasih sayang abang yang tidak terhingga.

Sayang, maafkan abang. Abang terpaksa pergi meninggalkan sayang sekali lagi.
Sebagai seorang pengurus di syarikat, abang mempunyai tanggungjawab yang
besar demi kebahagian kita sekeluarga. Abang harap sayang dapat menerima
pemergian abang ke pejabat seperti hari-hari sebelum ini. Hari ini seperti biasa
abang akan pulang kerumah pukul 6 petang. Untuk hari ini, tidak perlulah sayang
menanti abang untuk makan tengah hari kerana abang ada temujanji dengan
pelanggan tengah hari ini. Sebelum berpisah terimalah 2 buah pantun untuk sayang. "

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai membaca surut tersebut aku melipatnya dan meletakkan kedalam laci. Aku berasa sangat hairan, kami sudah berkahwin 15 tahun tetapi setiap kali kami bersama dan aku terlewat bangun dari tidurku, pasti surat seakan-akan sama seperti ini yang ditulisnya. Aku tidak pernah menegurnya kerana tadik mahu menyinggung hatinya. Dalam laci itu terdapat banyak surat seperti ini. Surat-surat yang ditulisnya 12 tahun lepas, semuanya sudah aku bukukan. Sambil menarik nafas panjang, hati kecilku berbisik....

" Biar la dia macam tu... asalkan tak cari perempuan lain sudah..."

Sekian...

hehe :D pelik kan laki dia nie.. dah 15 taun kawen pun masih romantik.. haha..

ps: kepada kaum pompuan, korang jadilah isteri yang solehah. Jangan lawan cakap laki korang,
kang free jer kena pelempang sulung.

pps: kepada kaum laki lak.. korang jadilah suami yang bertanggungjawab.. jangan suka pelempang bini udah.. haha


Friday, September 11, 2009

Pantun Relex Jer.

Hari ni hari Jumaat,
Pergi sembahyang pakai kain plekat jer,
10 September 2009 Hari Keramat
Hari Khamis lahirnya blog Relex Jer

Petang-petang makan donat,
Makan donat dengan air suam jer,
Tengah tension layari internet,
Nak relex terjumpa pulak RELEX JER

Balik keja badan letih
Nak tengok tv buang karen ajer
Duduk lepak sambil minum teh
Selamat datang ke blog RELEX JER

Balik keja hari ni Jem lagi,
Walaupun tension buat relex jer,
Nak Buka puasa pun lambat Lagi,
Lepak jer dulu kat RELEX JER.

Daun ketupat daun palas,
buat ketupat guna pulut ajer
Kalau nak keluar pun malas
Mai Lepak kat Relex Jer

Sekarang H1N1 adalah satu wabak,
Tepi ramai orang buat relex jer,
Dah Nak Raya duit mesti rabak,
Jangan tension-tension Buat RELEX JER

Pergi pasar ramadan hari selasa
Ingat berhati-hati di jalan raya
RELEX JER mengucapkan selamat berpuasa,
Tak lupa juga Selamat HAri Raya



Thursday, September 10, 2009

Welcome....

Selamat datang ke blog RELEX JER. Tempat untuk relex2,lepak2 dan lepas tension... :)
Juga diucapkan selamat menjalani ibadah puasa