Wednesday, October 21, 2009

Toyol Oh toyol...


Sekarang ni kalau tak silap aku musim test di hampir di semua IPT2 kot.. Memang tak boleh dinafikan time quiz,test atau exam memang agak menentionkan kepala otak seseorang yg bergelar pelajar aka student. Jadi salah satu fomula untuk meringankan tension ni, kebanyakan budak laki(bdk pmpuan aku tak tau) akan study chaw2 punyalah. (Cayalah student laki) Masing2 ada cara study tersendiri, ada yang buat note kecik2 pastu baca tak kira tempat, ada yg Brain Storming dengan member2 lah contoh dua orang member yg dah siap hafal teori2 subject teori saling besoal jawab face 2 face( aku rasa ni cara terbaik kalau nak study subject teori, sebab dia boleh mencegah keboringan ) Dan tak lupa juga ada golongan student yg agak professional kelihatan rilek jer time2 nak test ni (shh.. diorg ada bela toyol). Kenapa aku kata diorang professional? haha nanti aku story.

Dah nama pun test/exam, mungkin semua orang tension dengan key word tu termasuk laa aku. Tapi yang paling aku tension bila ada test subject theory. Dah laa teory BI lak tu (maklum laa aku ni melayu asli jadi language lain malas nak amik tau sngt..huhu) Akibat terdedah dgn golongan student yg professional ni aku pun terikut2 untuk mengamalkan ajaran sesat tu. Jgn slah paham lak yer golongan pro tu yg aku maksudkan tu sbnarnya bebudak yg bawak masuk toyol time test theory. Walaupun rasa bersalah tapi memang nikmat kalau toyol tu berguna sgt2 bila memerlukan. (Amaran keras: bawa toyol dlm dewan exam adalah tidak baik untuk kesihatan student. hik2)
Tapi sepandai2 tupai lompat lama2 kantoi gak kan.. Sama laa ngan aku. So kisah kantoi nya toyol aku ni cam ni... Dipendekkan cerita ada laa 1 hari yg sgt pack dgn test. Kalau tak silap aku 3 or 4 test kot dlm satu hari tu. Pagi, petang, malam. yang paling malangnya test time malam tu test theory mechanical lab. Dan dipendekkan cite lect lab kata, probably semua bab masuk. Dan disebabkan mechanical lab agak tak penting aku pun buat dont know jer. Aku tgk member2 lain pun buat dont know jer ngn test lab ni tak da yang sibuk2 study utk test ni pun. Mungkin disebabkan nak balas dendam sbb tak cukup tido akibat study so aku buat keputusan untuk tido jer petang tu,malam karang jawab jer apa yg boleh jawab.

Tapi sesuatu yang agak membuatkan aku tak temteram time bangun tido petang tu. Macam mana nak tenteram.!! aku tgk member aku hampir semua tgh bersiap2 dgn toyol diorg. So disebabkan rasa terinaya dan masa agak suntuk untuk aku persiapkan toyol tu, dgn perasaan berani dan machonya aku bawak masuk 1nota lecture mech lab aka ibu toyol ke dlm dewan exam, nak tau saiz toyol aku? Hehe saiznya A4 paper. Dan tah apa la malangnya, ibu toyol aku tu kantoi dgn lect yg jaga dewan. Lecturer tu suruh aku tulis nama dan detail lengkap kat toyol tu then pergi letak kat depan. Malunya aku time tu... huh.. Lepas abis test tu aku terasa malu2 kucing ngn member2 baik. Member2 yg kaki toyol ni keja menambah cuak aku jer.. haha.. Tapi sebenarnya time tu aku kecewa gila.. aku rasa memang tak da harapan dah subject mech lab ni. Tanah yang aku pijak terasa berombak-obak bagaikan lautan yg tenang ditiup angin yg sepoi2 bahasa. Mimpi ngeri yang selama ni hanya bermain dlm kotak fikiran aku kini menjadi kenyataan. (hehe, buat ayat cam ni bukan apa, saja nak bagi bayangan bertapa kecewanya dan sedihnya time tu aku time tu)

Agak2 dalam seminggu pas tu ada la kelas Mechanical lab tu. Tapi disebabkan kesalahan sendiri, aku rasa lebih bersedia untuk memghadapi segala kemungkinan. Aku pasrah..huhu.. Tapi apa yg pelik nya lecturer tu buat muka selumber jer mcm kelas2 yg sebelum ni. Tak dak pulak dia cerita pasal toyol. member aku semua duk usha aku dengan senyum sedir diorg. Di pendekkan cite lpas tu lecturer tu bagi semua kertas jawapan dgn result. Berdebar gak aku, mana tau tetiba kertas aku di bend lecturer yg jaga test hari tu. Tapi jangkaan aku ternyata meleset bila nampak kertas jawapan yg berlebel nama aku. Markah pun boleh tahan. tak fail tapi cukup2 makan jer. So dlm hati aku kata mungkin lect yg jaga test tu kesian ngn aku. Tapi cerita ni tak abis macam tu jer. Lect yg kantoikan toyol aku tu bagi satu nasihat yang agak berguna kat aku dan member2 yg lain. Cam ni citenya.

Lepas beberapa hari dari kes tu. Aku dan beberapa member2 seangkatan dengan suka relanya tolong kemas2kan lab mechanical. Masa berkemas tu ada laa beberapa lect lab yg turut serta termasuklah lect yg menagkap toyol aku time test hari tu. Dia pun macam buat dont know jer dengan aku, so aku rasa dia tak cam aku la kot. Habis jer berkemas2 tu rupa2nya lunch di sponsor, so aku ngn member2 yg lain tak lepaskan peluang la. Masa tengah lunch dengan member2 tah macam mana lect yg tangkap aku dengan toyol aku tu datang dengan sorang lagi lecturer yg agak spoting dengan student dan port di meja yang kami duduk. Terus lect tu menyindir aku "Ko lah yang katoi Toyol tu hari kan?" hehe aku hanya tunduk malu dan tersenyum kambing. Haha malunya aku...!! Lect dua orang tu tak habis2 menyindir aku time tu.. lepas diorang agak puas menindir aku, tiba2 lect tu nasihat aku
"Kau.., lain kali nak bawak toyol tu... kecik2 udah laa, Ni sampai besar A4!!!"...

Hehe... rupanya lecturer tu agak spoting jugak. Lepas daripada pengalaman tu aku lebih kreatif dalam penghasilan toyol2 yg bermutu. Lebih bersifat seni lah boleh dikatakan..hik3..
ps: Aku rasa kebanyakan lecturer2 yang senior lebih memahami palajar. maklumlah studentkan terlampau banyak tugasan dan byk subject teras yg berat. so subject yg bukan teras ni diorang kasi change laa..
tapi jgn melampau2 macam aku pulak.. sampai saiz A4..

pps: Ingat..!! biar kantoi kes lain jangan kantoi Toyol.. huhu..malu beb.. (kalau boleh tak payah lah toyol2 ni baru gentle kan..)

Tuesday, September 29, 2009

Hasil penyiasatan dalam kes runtuhan stadium gong badak terengganu

Ini adalah sebahagian daripada hasil penyiasatan mengenai keruntuhan tersebut, punca sebenar masih dalam siasatan.


ps: Segala apa yang berlaku tidak ada kaitan langsung dengan realiti, So tak perlu risau, anda masih boleh keluar rumah untuk menjalankan aktiviti harian.

Saturday, September 19, 2009

Aidil Fitri




Relexjer mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1430 H”. Taqaballaahu minna
wa minkum, wa shiamana wa shiamakum. Minal aidin wal faidzin,



Sunday, September 13, 2009

Angan-Angan

Hari ni tak da apa nak story. Just nak share pasal angan-angan. A'arr angan-angan. Bagi aku angan2 macam satu misteri, sebab selama aku aktif dengan berangan-angan ni(yer.. menang aku suka angan2) ada jugak angan2 aku yang jadi kenyataan. Walaupun tak almost 100% sama macam apa yang aku angan2kan, at least dia datang jugak dalam realiti. (Apa angan2 aku yang dah jadi kenyataan? Ate... tak payah tau lah.. wat malu jer.) Masa yang sesuai aku berangan-angan bila time baring2 atau golek2 atas tilam. Sebelum lena tu dah terbiasa aku angan2 dulu, yang bestnya sometime tengah angan2 tu idea datang. Macam2 idea lah.. So sebagai sorang yang suka berangan-angan aku nak sampaikan nasihat sikit lah... tak der laa berharga sangat nasihat ni, Nasihat ngong2 gitu jer.. Ok antara nasihat2nya..

Tak payah laaa angan2 benda yang tak logik atau tak tercapai.

Tak payah laa angan2 dapat rezeki besar kalau korang malas..

Tak payah laa angan2 nak jadi super hero, macam superman,
cicakman ker dan superhero2 yang s
eangkatan dengan nya.
Korang tak cukup power macam baby ni lagi..


Jangan sekali-kali berangan nak bunuh musuh korang... kang tak pasal2 masuk kot. Jangan cari musuh, cari marka/awek sudah (untuk yang single jer, yang dah ada tok sah nak mengatai..)

Tak payah berangan-angan nak memcuri.. menyusahkan orang je.
Nak2 time nak raya cam ni.

Ni aku tak tau cam na nak describe.. ahh senang cakap korang tak payah berangan nak suruh gajah pijak badan korang..

Adehh... apa plak ni.. erm.. senang cakap korang tak payah berangan nak tido dalam mulut boya,tak pasal2 kena baham kang..

haha ni aku suka... korang jangan laaa berangan nak angkat dumble serelex cam ni .. Pak Cik ni sorang jer boleh..

So, korang cam na, suka berangan ker tak? Kepada kaki berangan macam aku ni, korang pertimbangkan lah dulu content angan2 korang k.. peace.. v :)

Saturday, September 12, 2009

Perpisahan dari Si Dia


Suatu pagi yang tenang aku agak terlewat bangun dari tidur. Jam loceng sudah menunjukkan pukul 9.45 minit pagi. Apabilaku menoleh ke kanan, aku dapati dia sudah tiada di sebelahku. Aku mula berfikir sesuatu dan pemikiranku bertambah tidak tenteram apabila kelihatan sehelai kertas bersaiz A4 yang padat dengan tulisan. Fikiran aku mula melayang jauh mengenangkan peristiwa semalam yang sungguh mengasyik. Oh tidak, adakah pekara yang sama
bakal berulang kembali. Aku sudah lali dengan keadaan sebegini. Aku mencapai helaian kertas yang padat dengan tulisan itu membacanya dengan teliti. Walaupun aku tahu kemungkinan isi kandungannya, namum dengan hati yang tabah aku cuba membacanya....

--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sayang, ketika sayang menatapi surat ini, kemungkinan abang
sudah berada jauh berbatu-batu. Bukannya niat abang untuk
meninggalkan sayang, tapi ketahuilah abang perlu juga pergi
meninggalkan sayang. Amat berat hati abang melangkah pergi
meninggalkan sayang seorang diri. Abang harap sayang
dapat menerimanya
dengan hati yang redha.

Sayang, ketahuilah, abang sangat menyayangi dirimu. Bagi abang,
sayang adalah permaisuri yang turunnya dari kayangan yang dan
menjelma untuk menemani abang yang sentasa di dalam kesunyian ini
.
Abang tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan abang tanpa sayang.
Sayang adalah segala-galanya bagi abang

Sayang, di coretan yang ringkas ini juga abang ingin mengucapkan
terima kasih abang yang tidak terhingga kepada sayang kerana layanan
yang sayang berikan semalam. Sesungguhnya abang tidak pernah merasai
saat-saat indah seperti mana yang abang rasakan selama bersama sayang.
Sehingga kini abang masih tidak dapat melupakan kehangatan asmara
ketika kita bersama.

Sayang, ketika abang bersiap untuk pergi tadi, sayang masih enak dibuai mimpi.
Tidak sampai hati abang untuk mengejukan sayang untuk mengucapkan selamat
tinggal untuk kali ini. Abang paham sayang tentu keletihan setelah sepanjang malam
melayani abang semalam, juga hari-hari sebelumnya. Sebelum pergi abang hanya
sempat mengusap rambut sayang yang halus bak ikal mayang dan mencium dahi
sayang tanda kasih sayang abang yang tidak terhingga.

Sayang, maafkan abang. Abang terpaksa pergi meninggalkan sayang sekali lagi.
Sebagai seorang pengurus di syarikat, abang mempunyai tanggungjawab yang
besar demi kebahagian kita sekeluarga. Abang harap sayang dapat menerima
pemergian abang ke pejabat seperti hari-hari sebelum ini. Hari ini seperti biasa
abang akan pulang kerumah pukul 6 petang. Untuk hari ini, tidak perlulah sayang
menanti abang untuk makan tengah hari kerana abang ada temujanji dengan
pelanggan tengah hari ini. Sebelum berpisah terimalah 2 buah pantun untuk sayang. "

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai membaca surut tersebut aku melipatnya dan meletakkan kedalam laci. Aku berasa sangat hairan, kami sudah berkahwin 15 tahun tetapi setiap kali kami bersama dan aku terlewat bangun dari tidurku, pasti surat seakan-akan sama seperti ini yang ditulisnya. Aku tidak pernah menegurnya kerana tadik mahu menyinggung hatinya. Dalam laci itu terdapat banyak surat seperti ini. Surat-surat yang ditulisnya 12 tahun lepas, semuanya sudah aku bukukan. Sambil menarik nafas panjang, hati kecilku berbisik....

" Biar la dia macam tu... asalkan tak cari perempuan lain sudah..."

Sekian...

hehe :D pelik kan laki dia nie.. dah 15 taun kawen pun masih romantik.. haha..

ps: kepada kaum pompuan, korang jadilah isteri yang solehah. Jangan lawan cakap laki korang,
kang free jer kena pelempang sulung.

pps: kepada kaum laki lak.. korang jadilah suami yang bertanggungjawab.. jangan suka pelempang bini udah.. haha


Friday, September 11, 2009

Pantun Relex Jer.

Hari ni hari Jumaat,
Pergi sembahyang pakai kain plekat jer,
10 September 2009 Hari Keramat
Hari Khamis lahirnya blog Relex Jer

Petang-petang makan donat,
Makan donat dengan air suam jer,
Tengah tension layari internet,
Nak relex terjumpa pulak RELEX JER

Balik keja badan letih
Nak tengok tv buang karen ajer
Duduk lepak sambil minum teh
Selamat datang ke blog RELEX JER

Balik keja hari ni Jem lagi,
Walaupun tension buat relex jer,
Nak Buka puasa pun lambat Lagi,
Lepak jer dulu kat RELEX JER.

Daun ketupat daun palas,
buat ketupat guna pulut ajer
Kalau nak keluar pun malas
Mai Lepak kat Relex Jer

Sekarang H1N1 adalah satu wabak,
Tepi ramai orang buat relex jer,
Dah Nak Raya duit mesti rabak,
Jangan tension-tension Buat RELEX JER

Pergi pasar ramadan hari selasa
Ingat berhati-hati di jalan raya
RELEX JER mengucapkan selamat berpuasa,
Tak lupa juga Selamat HAri Raya



Thursday, September 10, 2009

Welcome....

Selamat datang ke blog RELEX JER. Tempat untuk relex2,lepak2 dan lepas tension... :)
Juga diucapkan selamat menjalani ibadah puasa